Percayalah....Rezeki itu Allah yang punya !!!

Wednesday, 14 December 2011 0 comments

Salam geng, 

Sini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.

1.Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh

2.Amalkan solat sunat qobliyah subuh
(2 rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh)

3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan    Solat Jumaat
(zaman sekarang ni ramai yang fail dalam hal Solat Jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah                       bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat Jumaat.Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam Solat Jumaat).

4. Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar  setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur.

Moga kite akan beroleh manfaat.

hanafi jamadine





0 comments:

Post a Comment